PROFIL

PENGENALAN KEPADA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUANKU LAILATUL SHAHREEN, KANGAR, PERLIS.

     Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Lailatul Shahreen telah ditubuhkan pada 1 April 2010 dengan nombor pendaftaran sekolah REA 0084. Sekolah ini mempunyai hanya satu sesi persekolahan sahaja iaitu waktu pagi dan kategori sekolah ini adalah kategori sekolah bandar. Sekolah ini terletak di keluasan tanah seluas 7.38 hektar.

     Sekolah ini terletak di Mukim Sena. Bilangan guru bagi sekolah ini adalah seramai 46 orang guru dengan bilangan murid adalah seramai 497 orang, manakala bagi staf bukan guru adalah seramai 7 orang.

     Moto sekolah adalah Berilmu, Bertakwa, Berinovatif manakala visi sekolah adalah Menjadi Sekolah Terunggul Menjelang Tahun 2015 dan misi sekolah adalah Beriltizam membangunkan pendidikan yang berkualiti untuk menjana insan yang cemerlang dan holistik bertaraf dunia.